TC menerima tempahan crochet bagi sesiapa yang berkenan dengan product2 yang dihasilkan dalam blog ini. Kepada yang berminat boleh email @ sms bersama detail2 ini:Nama; Alamat;No Phone;Product Crochet yang dikehendaki;Saiz atau ukuran atau umur yg dikehendaki;Warna yang dikehendaki..ke email twincrochet08@gmail.com dan 019-4762458,0193805890






Tuesday, January 20, 2009

Stress?Tertekan?Moody?..etc

Mama rasa setiap housewife akan ada rasa stress, tertekan, moody dan perkataan yang seangkatan dengannya...lebih2 lagik kalau housewife yang berkerjaya demi membantu suami tercinta atau sebab2 lain yang munasabah..yer la kan..bayangkan la berapa tanggungjawab yang akan dipegang oleh seorang housewife..isteri, ibu, pekerja, kakak kepada adik2,anak kepada ibu bapa, semuanya memerlukan seorang yang benar2 tabah dan cekal menghadapi dugaan harian yang mendatang kan?Semua tanggung jawab tersebut kalau dilaksanakan dengan ikhlas dan sejujur-jujurnya kita akan rasa senang sahaja melakukannya tetapi sebaliknya jika kita buat dengan penuh keterpaksaan kita akan rasa semua tanggungjawab tersebut satu bebanan pada kita...betul tak kawan2 maya mama semua...(he3...macam ramai jerk yang baca blog mama yerk)...Itu apa yang mama rasa setakat mama menanggung beban yang mama rasa cukup banyak untuk mama tanggung sorang2 sebab keadaan yang memaksa mama memikul semua itu..Nasib baik mama dikurniakan seorang suami yang memahami(tapi kadang2 buat2 tak paham sbb dia malas nak layan pengaduan mama yang tak masuk akal..hu3)

Mama saja nak share kat sini...bagi yang banyak tanggungjawab macam mama...kita niatkan semua kerja dan apa jua adalah kerana Allah Taala..insyaallah kita akan rasa ringan sedikit bebanan yang kita tanggung..

Ok tutup cerita tak berapa gembira kita buka cerita gembira pulak...

Tak lama lagik birthday anak sulong Mama abang akim...dah 4 tahun dah anak teruna mama tue..sekejap jerk rasa anak2 nih membesarkan...macam biasa celebrate kat umah jerk la mama, babah dan anak4 mama semua ajerk...(budget tak der la nak invite kawan2 terdekat ditambah pula babah yang masih duk jauh nih kan..susah sket mama nak organise makan2..bukan taknak..mama teringin sangat nak buat...tapi tu la..keadaan tak mengizinkan..)

Dan tak lama laghik jugak akan tiba Anniversary mama yang kelima...fuhhh...diam tak diam dah lima tahun mama kawen ngan babah...seb tahun nih tak der dah tambah sorang laghik...(mama dah pakai implanon tuk 3 years yer kawan2..)mmm..tapi tu la rasa macam rindu plak nak pegnant...hu3..sabau jerk la yerk...adik dah besar dan dah pandai berlari pon..mama rasa rindu nak ader baby lagik...(mama nih masa pegnant tak der apa2 masalah yang teruk dan bersalin pon senang...so tu yang rasa tak serik nak pegnant...he3...bleh ker bagi statement macam tu...)

Babah ajak mama g massage since mama selalu mengadu mama letih dan sakit2 badan...(yeayyy...suka sangat2...dah lama tak memanjakan dirikan..babah duk jauh dan sibuk sokmo dengan aktiviti2 dia jerk kan..so babah decide nak p massage)...murah jerk full body massage only at rm58 seorang...dan tempat massage nya pon dekat jerk ngan umah..Thai Massage kat TTDI...ok la tue kan..cukup la budget mama... :-D

1 comment:

  1. hai kak tie..
    abg kak tie duk mana skng?
    cinta jarak jauh la ni? =P

    ReplyDelete